Tips Mengatasi Stress

0 70

Stresss!! Oh no!

Siapa di antara kita pernah merasa sangat tertekan? Stress? Burn Out? Huu, Kak Ayu ketiga-tiga pun pernah rasa. Nasib baik tak sampai tahap kemurungan sebenarnya. Stress dan wanita sebenarnya adalah perkara yang agak sinonim. Mana tidaknya, boleh dikatakan wanita ni merupakan makhluk yang paling mudah stress. Tapi, yang paling tak bestnya adalah, stress boleh menyebabkan tahap kesihatan dan kecantikan seseorang tergangu.

Jadi, ada baiknya sekiranya kita cuba sedaya upaya untuk mengatasi stress dengan cara yang terbaik. Jom Kak Ayu kongsikan tips-tips yang boleh anda amalkan bagi mengatasi stress.

(1) Kenalpasti Punca Stress

Stress boleh berpunca dari pelbagai faktor. Faktor keluarga, tempat kerja, cara hidup dan macam-macam lagi. Sebenarnya, untuk mengatasi stress, kita perlu terlebih dahulu mengenalpasti punca-punca terjadinya stress. Ada baiknya, anda cuba senaraikan terlebih dahulu punca terjadinya stress dalam diri anda, mengikut turutan yang paling teruk sehinggalah yang paling ringan. Sekiranya anda sendiri tidak tahu, ada baiknya anda cuba menulis diary atau jurnal dan mencatatkan pengalaman-pengalaman hidup anda untuk membantu mencari punca terjadinya stress.

(2) Senaraikan Solusi Terbaik

Setelah anda berjaya mengenalpasti masalah-masalah yang menyebabkan terjadinya stress, kenalpasti pula solusi terbaik yang boleh anda gunakan dalam mengatasi masalah tersebut. Mula-mula senaraikan terlebih dahulu segala kemungkinan atau peluang yang boleh anda gunakan dalam mengatasi masalah tersebut. Kemudian, carilah solusi terbaik dengan melakukan timbang-tara dan bertanyakan kepada orang yang lebih tahu.

(3) Meluahkan Perasaan

Perempuan selalunya jarang mampu memendam perasaaan seorang diri tanpa perlu memikirkannya. Jadi, ada baiknya anda belajar untuk mencurahkan perasaan anda kepada suami, ahli keluarga atau sahabat yang paling anda percayai. Percayalah, selepas berbuat demikian, anda akan berasa lebih lega seolah-olah masalah anda berjaya diatasi. Mana tahu, mereka juga mungkin ada cara untuk mengatasi masalah anda tersebut.

(4) Belajar Untuk Redha

Ada kalanya, kita perlu belajar untuk redha dengan apa yang telah terjadi. Percayalah, setiap apa yang terjadi sudah pasti ada hikmah di sebaliknya. Belajarlah untuk redha dan menerima setiap suratan dengan senang hati. Sudah pasti, perkara yang baik-baik juga akan datang selepas itu. Jangan sesekali menyalahkan takdir dan berasa susah hati kerana ini akan menyebabkan kualiti hidup kita terjejas.

(5) Berfikiran Positif

Sekiranya terjadis sesuatu perkara buruk, cuba berfikiran positif kerana apabila kita berfikiran positif, penyelesaian akan lebih mudah dicara berbanding ketika kita menerimanya dalam keadaan negatif. Cuba kawal emosi dan berfikir secara bijak supaya segala-galanya berada dalam keadaan terkawal dan supaya kita tidak melakukan perkara yang dapat menjadi penyesalan kelak.

(6) Beraktiviti

Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress seperti menonton rancangan kegemaran, melakukan hobi atau bersiar-siar di kawasan yang tenang. Nescaya, perlahan-perlahan kita juga akan belajar tenang sekaligus dapat melupakan segala tekanan yang terjadi

Cuba amalkan tips yang Kak Ayu dahan supaya sama-sama kembali tenang. Percayalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.