Throwback Kenangan Mewangi Family Day + Shooting Raya 2017

0 671

Assalamualaikum Dan Salam Mewangi Satu Dunia

Sepertimana yang hampa semua dah tahu, Kak Ayu dan team Mewangi dah pun berkampung di Melaka sepanjang 3 hari 2 malam. Sepanjang itu jugalah, banyak kenangan dan memori yang telah tercipta yang mana ada beberapa daripadanya telah divideokan dan diabadikan dalam bentuk kenangan. Alhamdulillah, semuanya berjalan sepertimana yang kami inginkan. 

BACA : HARI PERTAMA MEWANGI KE MELAKA
BACA : HARI KEDUA MEWANGI KE MELAKA
BACA : HARI KETIGA MEWANGI KE MELAKA

Jom check-it-out gambar-gambar kami di sana

BERBAJU RAYA DENGAN PELBAGAI TEMA

Ini adalah pengalaman yang unik sebab kami masing-masing mempunyai tema yang berlainan. Kak Ayu dan family dengan tema hijau, Kak Ani dengan tema biru dan macam-macam tema yang hampa boleh tengok. Paling best, geng-geng motor besar pakai pakaian dengan tema rock. Memang syok! Sekali rasa macam dah raya! Maafkan kami naaa ter raya awal 


Geng Bikers!


Meriah suasana hari raya


Flying Kiss satu!


Wow! Siap dapat duit raya budak-budak ni..


Family potrait

 

MELAKA LOKASI SHOOTING ALA BOLLYWOOD

Selain dengan tema gadis desa, Melaka juga telah menjadi lokasi shooting dengan tema bollywood Kak Ayu bagi rakaman video TVC Mewangi. Huu, memang permai suasana kampung dengan bendang yang menghijau, saujana mata memandang. Apalagi, team production Mewangi memang macam dah bekerja sambil bercuti. Hilang segala stress dan dapat enjoy walaupun berkerja.


Berpayung sebab panas


Yeayyy! Akhirnya siap shooting satu episod


Ambil feel dulu


Kiss untuk anda


Apa yang Kak Ayu sembangkan agaknya

 

BERSIAR-SIAR DI MELAKA

Pengalaman bersiar-siar di tempat-tempat perlancongan popular di Melaka merupakan salah satu kenangan paling menarik yang paling tak dapat Kak Ayu lupakan. Almaklumlah, bukannya senang nak melancong beramai-ramai ni. Bila dah beramai-ramai, syok lain macam. Rasa asyik gelak je Kak Ayu dengan depa ni.


Kami di Mini Malaysia & Asean Cultural Park


Eh! Huu. Kesian Team Production. Standby 24 jam


Kami di Hang Tuah Centre

So, tahun depan katanya dah merancag nak ke luar negara pulak. Eh! Apapun stay tune tau. Siapa nak ikut Kak Ayu?

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.