Terima Kasih Ibu

0 604

Assalamualaikum Dan Salam Mewangi Satu Dunia 

Ibu,
Engkaulah Ratu Hatiku

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita bergelar ibu di luar sana. 

Tiada siapa yang mampu memahami hati seorang ibu melainkan setelah bergelar ibu. Bermula pada saat mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik, memberi kasih sayang, berkorban dan membimbing, ibu adalah hero yang tidak pernah mengeluh atau sesekali mengungkit segala kecintaan yang telah dicurahkan pada kita.

Kak Ayu dan Mewangi sangat menghargai dan berbangga dengan ibu-ibu di luar sana yang mengutamakan keluarga lebih dari apa pun. Insya-Allah, yakinlah, setiap apa yang dah kita berikan,ada ganjarannya di sisi Allah SWT. Teruskan bertabah dalam mendidik wahai ibu-ibu gojes sekalian.

PESAN BUAT ANAK-ANAK

Wahai anak,
Ketahuilah ketika ibu memarahimu,
Ibu tahu apa yang terbaik buatmu,
Bahkan, ketika kamu menangis, hati ibu lebih meratap.

Wahai anak,
Hanya seorang ibu mengerti apa rasanya
Tika ibu tak mampu membelikan apa yang kamu inginkan
Kerana ibu tidak punya wang yang cukup.

Wahai anak,
Kasih sayang yang ibu rasakan, ibu berikan,
Bahkan lebih dari seisi dunia besarnya
Tapi tika kamu meninggikan suara pada ibu
Tika kamu memarahi ibu
Tika kamu mengherdik ibu
Hari ibu rabak, koyak, terhiris dan sakitnya lebih dari apapun
Bahkan tiada satu pun kesakitan yang setara dengannya

Wahai anak,
Tiada apa yang lebih menyejukkan hati ibu
Melainkan kelembutamu terhadap ibu,
Ucapan maafmu
Dan ucapan terima kasih darimu

Terima Kasih Ibu :’)

DARI MEWANGI UNTUK IBU

Untuk gojes-gojes di luar sana, jangan lupa ucapkan terima kasih pada ibu hampa kerana telah melahirkan anda dan membesarkan hampa. Sempena hari ibu ini juga, apa salahnya berilah sedikit hadiah yang dapat menggembirakan hati ibu. Belikan Wangian Mewangi 7 Kelopak Mawar yang pastinya akan menjadikan hari-hari ibu anda lebih sempurna dengan aroma yang bunga-bungaan yang membangkitkan ketenangan. Sempena Hari Ibu, Kak Ayu  menawarkan diskaun 20% ekslusif untuk gojes-gojes di luar sana.

TEKAN SINI UNTUK TEMPAHAN

Hadiahkan Wangian Penenang Hati dan Jiwa dari 7 Kelopak Mawar di hari istimewa ini dengan PROMOSI 20%

Ibu, kasihmu tiada tandingannya.

Selamat Hari Ibu. Terima Kasih Ibu.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.