Selamat Hari Guru

0 236

Assalamualaikum Salam Mewangi Satu Dunia 

Bulan Mei semangnya bulan yang sangat meriah. Bermula dengan Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Ibu pada 14 Mei dan 16 Mei pula Hari Guru.

Kak Ayu nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik-pendidik di luar sana. Almaklumlah, tak tahu lagi bila dapat menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang dah bertungkus-lumus mendidik anak bangsa sehingga menjadi orang-orang yang berguna. Terima Kasih Kak Ayu ucapkan kepada guru mengaji Kak Ayu, guru tadika, guru sekolah rendah, sekolah menengah dan semua sekali guru yang dah mengajar Kak Ayu sehingga ke tahap ini termasuklah guru Kelas FB Ads, Guru ESQ, Ustazah Edayu Hamdah dan yang lain-lain yang mungkin Kak Ayu lupa nak sebut.

Jasa hampa semualah yang telah berjaya memanusiakan seorang Ayu Azmera.

Selamat Hari Guru, semua pendidik.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

(Usman Awang, 1979)

Kak Ayu sangat berbesar hati dapat sama-sama menyambut Hari Guru dan Hari Ibu bersama dengan pengurusan Mewangi. Untuk meraikan insan-insan istimewa ini, kami komited untuk mempromosikan hadiah Hari Guru dengan harga promosi 20 peratus. Oleh itu, jangan lupa dapatkan Wangian Mewangi Tujuh Kelopak Bunga.

Wangikanlah hatimu dengan wangian ini yang pastinya sangat memikat jiwa. Promosi 20% sempena Hari Guru dan Hari Ibu. Terima Kasih Ibu. Terima Kasih Cikgu.

Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada insan bernama guru yang banyak memberi inspirasi kepada hampa ya. Bukan apa, tanpa mereka siapalah kita. Mana tahu, dengan sekecil-kecil pemberian dan ucapan terima kasih kita, sudah cukup untuk menceriakan hari-hari mereka kan?

Selamat Hari Guru, Cikgu 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.