RoadTour Mewangi Ke Kelantan

0 289

Assalamualaikum Salam Mewangi Satu Dunia 

Kelantan, negeri yang jauh di sebelah timur merupakan kunjungan #roadtoursanasini Mewangi untuk kali ini. Ini merupakan perjalanan Mewangi untuk jelajah Satu Malaysia dalam mendekatkan produk Mewangi dengan pengguna-pengguna dan wanita di luar sana. Sebagaimana yang telah ramai sedia maklum, ketika jelajah ini, Kak Ayu dan Kak Ani selaku duta Mewangi akan sama-sama turun padang bagi menjawab apa jua persoalan yang membelenggu fikiran pengunjung.

Kali ini, Pasir Mas menjadi destinasi #roadtourmewangisanasini. Kak Ayu berada di jajahan Kelantan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 April 2017 di Booth No 16A, Melissa Beauty, Villa Melissa, Garden Hotel, Pasir Mas.

Roadtour kali ini adalah satu perjalanan yang menarik dan agak ironi. Menariknya kerana pengunjung di negeri Kelantan semangnya suka dan gemarkan kecantikan manakala ironinya pula adalah meskipun perjalanan ke negri Kelantan sangat jauh, Kak Ayu tak pula berasa letih. Huu. Mungkin sebab excited nak jumpa pengguna Mewangi di Kelantan agaknya.


Bersama pengguna Mewangi


Produk Mewangi terbaik


Orang lelaki pun guna Mewangi tau


Bergambar kenang-kenangan

Selesai sudah jelajah-jelajah Mewangi di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Kelantan. Insya-Allah, Mewangi akan langsung menuju ke negeri Kedah pula selepas ini. Bertambah excited Kak Ayu. Almaklumlah, negeri kelahiran sendiri. Orang-orang Kedah, pakat mari ramai-ramai naa. Untuk anda yang lain pula, nantikan Mewangi ke tempat anda pula.

Teristimewa untuk gojes-gojes di luar sana yang berminat untuk 
Sentuh Mewangi
Cuba Mewangi
Rasa sendiri Produk Mewangi
Cium keharuman produk Mewangi
Wahhh!!!! teruja kan?

Nantikan kedatangan Mewangi di tempat anda pula!

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.