Road Tour Mewangi Ke Terengganu

0 530

Assalamualaikum dan Salam Mewangi Satu Dunia 

Pahang sudah
Selangor sudah.

Johor sudah.
Melaka sudah.
Kelantan sudah.
Kedah pun sudah.

Wah, jauh betul perjalanan team roadtour Mewangi kan? Belum sempat kami berehat dari perjalanan ke Kedah, kali ini, kami langsung menuju ke Terengganu untuk berjumpa dengan orang-orang Terengganu pula. Almaklumlah, teringin nak tahu, apa agaknya reaksi mereka bila Mewangi datang ke tempat mereka. Agak-agak mereka ni dah kenai tak Mewangi ni?

Kali ini, agak menarik kerana PERKEP telah bekerjasama dengan Mewangi untuk sesi roadtour bertempat di Dewan Redang, IPK Terengganu. PERKEP adalah akronim bagi Persatuan Keluarga Polis. Pihak Mewangi sangat berbesar hati berpeluang untuk memperkenalkan Mewangi kepada golongan anggota berpakaian seragam pula. Program kali ini berbentuk perkongsian dengan tema : Tips Kecantikan Bersama MEWANGI – Penjagaan Muka/Tatarias Wajah.

Sebelum ni Kak Ayu tak pernah terfikir dan terbayang untuk berada dalam kalangan keluarga-keluarga polis seperti apa yang Kak Ayu dapat hari ni  Mana taknya, nak masuk balai polis pun takut sebenarnnya , tu yang tak penah kena tindakan undang tu. Hehehe. Allahuakbar dapat jemputan, bagi ceramah kecantikan pada kakak-kakak polis , adik-adik polis yang sedia cantik persis model, semua tinggi2 kemas badannya

Gembira hati Kak Ayu kerana semua menerima #tourmewangi kali ni dgn perasaan riang dan gembira tanpa menunjukan wajah yg begis seperti dibayangkan

ASAL POLIS MESTI FIKIR GARANG , SEBENARNYA KAKAK POLIS NI LEBIH LEMBUT DARI KITA YANG BUKAN POLIS NI


Bersama keluarga polis


Sesi perkongsian bersama Kak Ayu


Menerima cenderahati daripada PERKEP


Jamuan ringan

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih warga PERKEP sebab sudi menjemput Kak Ayu dan terima kasih Allah sebab menjadikan Mewangi asbab pertemuan dan ukhwah kami. Akhirnya, sampai juga Kak Ayu di Pulau Redang, Terengganu ni. Hampa agak-agak kan, ke mana pula destinasi roadtour Mewangi nanti ya?

TENGOK : KEROPOK TERENGGANU

Untuk hampa semua yang belum berpeluang jumpa Mewangi secara live, jangan lupa datang ke destinasi kami yang seterusnya nanti taw. Kak Ayu tunggu hampa.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.