Road Tour Mewangi Di Kedah

0 87

Assalamualaikum dan Salam Mewangi Satu Dunia

Perjalanan Road Tour kali ini Kak Ayu rasakan agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya. Mana tidaknya, Kak Ayu  pulang ke kampung halaman sendiri. Tudiaaa… hampa orang kampung ceq pakat mai. Seronok lain macam Kak Ayu nak jumpa orang kampung sendiri. Tak sabar rasanya.

Jadi, pada 1 Mei 2017, jam 5 petang, Kak Ayu tiba di No 37, Taman Haruan, Kilang Lama, 09000, Kulim Kedah bagi sesi Meet And Greet dengan orang Kedah. Memang seronok! Macam-macam tips kecantikan dah dikongsikan dan demo penggunaan peroduk Mewangi turut ditunjuk.

Apa yang bestnya dan berbezanya produk Mewangi dengan produk-peroduk lain adalah sebab kami sangat mengambil berat tentang anda. Kak Ayu seboleh-bolehnya nak semua orang puas hati dan cantik sebab tu Kak Ayu dan Kak Ani selaku duta sanggup turun ke setiap negeri untuk berkongsi sendiri pengalaman dan masalah dengan pengguna. Barulah depa tidak merasa tertipu dan takut dengan peroduk Mewangi. Tambahan pula, produk Mewangi juga adalah produk yang sememangnya berasaskan bahan organik. Mana nak dapat pengasas dan duta sendiri yang turun padang?

Pengguna dapat cuba, dapat rasa, dapat sentuh, dapat bau dan dapat guna produk Mewangi tanpa perlu merasa tertipu.Memang best. Hampa juga kalau nak sembang dengan Kak Ayu berkenaan masalah kulit, yang mana Kak Ayu boleh bantu, Kak Ayu akan tolong dan beri pandangan.

TENGOK : LIVE DI RUMAH STOKIS MEWANGI KULIM KEDAH

TENGOK : SHARING PRODUK MEWANGI 1

TENGOK : SHARING PRODUK MEWANGI 2

TENGOK : TING-TING FOUNDATION

Akhirnya, jelajah Mewangi kali ini sudah sampai ke Selatan, Utara dan Pantai Timur Malaysia. Selepas ini, perjalanan roadtour Mewangi akan diteruskan ke Terenggganu pula. Kak Ayu dan team berasa sangat teruja untuk bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang di negeri Terengganu yang sangat terkenal dengan pembuatan keropok lekornya.

Jadi untuk anda semua, jom ramai-ramai datang bertemu Kak Ayu dan memeriahkan sendiri sesi Meet And Greet kami. Rugi kalau hampa tak join sebab Kak Ayu jamin sesi ni memang best, memang awesome dan memang daaboomm. 

Jumpa anda di sana

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.