Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

0 257

Salam Mewangi Satu Dunia Dan Salam Israk Dan Mikraj Makhluk Tuhan Paling Gojes

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada tahun ini sekali lagi kita diberi peluang untuk menikmati bulan Rejab dan kalau diizinkan, bulan Syaaban dan Ramadhan. Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat istimewa kerana adanya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab.

Tapi, dalam mengenangkan peristiwa agung dalam Islam ni, hati Kak Ayu tiba-tiba terasa sedih dan sayu. Sebab, dalam peristiwa ini jugalah Rasulullah SAW telah ditunjukkan pembalasan terhadap kaum wanita. 😭😫

 

Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram hingga ke Masjid Al-Aqsa
Manakala Mikraj pula membawa maksud Rasulullah dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:   “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat (salah satu daripadanya)

Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

PERISTIWA MIKRAJ 

Antara peristiwa mikraj yang paling popular adalah peristiwa Rasulullah SAW ditunjukkan pembalasan terhadap kaum wanita untuk renungan kita semua.

  1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
  2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

  3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

  4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki.

  5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabbur kepada orang ramai.

  6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

  7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

  8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

  9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

  10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Takut dan gerun sangat Kak Ayu mengenangkan diri ini. 😭😭 Ya Allah Yang Maha Penyayang, lindungilah Kami dari azab seksaan-Mu.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.