Malaysia Top Product Founder Gathering

0 234

Assalamualaikum Dan Salam Mewangi Satu Dunia 

Pada hari Sabtu, 6 Mei 2016 Kak Ayu telah menghadiri Malaysia Top Product Founder Gathering di The Boulevard St. Giles, Premier Hotel, Mid Valley City, Kuala Lumpur Malaysia, satu acara yang mengumpulkan usahawan-usahawan dari pelbagai industri di Malaysia. Kami bersatu dalam satu acara besar bagi melihat peluang dan jalinan kerjasama untuk meneroka pasaran yang lebih besar.

Pertama kalinya acara seperti ini telah diadakan di Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Top Brand, Maybank, Alibaba.com, Matrade, Rashwealth Biotech, Namamu Jaya (Pemborong Produk Kesihatan dan Kosmetik Terbesar) dan juga Kumpulan Media Karangkraf. Nama-nama yang besar seperti Dato’ Haji Khairul Shahril, Managing Director Rashwealth Biotech, Hajjah Norma Binti Yahaya, Dato’ Proff Dr Albert dan Dato’ Razi’ie Mahmod turut menghadiri majlis besar ini sebagai tetamu jemputan.

Kak Ayu dan Abang Nizam awal-awal lagi dah gerak ke sana. Bukan apa, kami excited sangat nak jumpa dengan founder-founder product yang dah menempa nama-nama tersendiri di Malaysia. Kak Ayu dan Abang Nizam memilih tema merah. Kami sama-sama sedondon.

TENGOK : LIVE SEBELUM KE MAJLIS

Kak Ayu personally rasa majlis macam ni sangat penting bagi membolehkan founder untuk meluaskan networking dan pemasaran. Bukan apa, Malaysia ni kecik ja. Pi mai pi mai, muka sama juga yang akan kita jumpa naa. Apapun, pertemuan kali ini sangat bermakna bagi Kak Ayu sebab Kak Ayu berkesempatan untuk mengenali ramai nama-nama hebat dan dalam masa yang sama berkongsi pengalaman, tips dan mengeratkan jalinan walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Semoga jalinan yang kami eratkan di sini tidak terhenti di sini agar kami berpeluang menjalin kerjasama di masa hadapan.

InsyaAllah, lain hari lain masa, kalau ada program yang sebegini lagi, Kak Ayu sanggup turun padang untuk sama-sama menyertai. Bagi Kak Ayu, kita perlukan lebih banyak program yang seperti ini untuk memajukan industri perniagaan di Malaysia sehingga berjaya mencipta fenomena yang tersendiri baik di dalam atau di luar negara.

Doakan Mewangi terus maju jaya naa. Doakan Kak Ayu berjaya menjadikan Mewangi sebuah jenama yang hebat di mata dunia.

 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.