Kesan Stress Terhadap Kecantikan

0 360

Salam Mewangi Satu Dunia Gojes-Gojes Sekalian 

Stress sememangnya diketahui ramai dapat menyebabkan kecantikan dan kesihatan seseorang terganggu. Paling teruk, stress boleh menyebabkan kulit wajah terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

Jom, Kak Ayu sharekan kesan stress terhadap kecantikan wajah anda semua

(1) Menyebabkan Jerawat

Kita sedia maklum bahawa perubahan hormon boleh memicu pertumbuhan jerawat kepada kulit wajah. Bahkan, dalam banyak kes, jerawat adalah berpunca daripada perubahan hormon. Apabila stress, kulit akan menghasilkan minyak yang menjadi sebab liang-liang roma tersumbat. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan wajah dijangkiti bakteria dan menyebabkan tumbunya jerawat.

(2) Kulit Menjadi Kering 

Ketika seseorang mengelami tekanan, aliran darah akan menjadi tidak normal. Kerana itulah, orang yang stress lebih terdedah kepada penyakit darah tinggi. Secara tidak langsung, perjalanna darah yang tidak lancar boleh menyebabkan kulit menjadi kering, pucat dan kemerahan. Akhirnya, kulit juga akan terlihat kusam dan tidak bertenaga.

(3) Kulit Menjadi Sensitif

Stress menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan kulit di mana lapisan epidermis yang mengandungi kelembapan semulajadi menurun dan berkurangan. Kesannya kulit menjadi sensitif, terdedah kepada pencemaran dan tidak tahan dengan bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam sesuatu produk.

(4) Kulit Menjadi Berminyak

Rembesan hormon testosteron yang meningkat boleh menyebabkan kalenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak berbanding biasa. Akibatnya, kulit wajah akan lebih cepat berminyak berbanding kebiasaannya. Kulit wajah yang berminyak bukan sahaja dapat menyebabkan masalah-masalah lain namun, dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan wajah yang bermekap mudah luntur.

(5) Kulit Kusam

Kulit manusia akan sentiasa mengalami regeneration. Walaubagaimanapun apabila seseorang itu stress proses penggantian kulit berlaku secara tidak sempurna. Apabila sel-sel kulit lama tidak diganti secara berkala, wajah akan terlihat kusam dan tidak cantik. Gunakan Skrub Mewangi untuk menganggalkan daki dan menanggalkan sel-sel kulit mati. Barula wahajah akan terlihat lebih cantik, segar dan bermaya.

(6) Kedutan Halus

Pengeluaran hormon kortisol semasa stress akan mengurangkan kolagen dan menghalang protein yang diperlukan oleh kulit. Kehilangan kolagen yang berfungsi untuk mengangkat dan menyebabkan kulit wajah menjadi tegang boleh mengakibatkan kulit menjadi kendur dan berkedut. Keadaan ini juga menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah sekaligus merosakkan kulit dan mempercepatkan kedutan halus pada kulit wajah.

Jadi, jangan stress-stress ya. Kawal stress anda dengan baik supaya terlihat cantik.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.