Kak Ayu Di Kursus Haji

0 489

“Dunia itu adalah perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi dan selama-lamanya”

Bersyukur ke hadrat Allah SWT atas segala rahmat dan kasih sayang-Nya, Kak Ayu berpeluang untuk menyertai kursus haji pada tahun ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tak tergambar betapa bersyukurnya Kak Ayu kerana Allah masih sayangkan Kak Ayu sehingga diberikan hidayah untuk terus mengingatiNya.

Kursus ini telah dikendalikan di HQ Mewangi dan PU Shahul telah Kak Ayu jemput sebagai Ustaz Jemputan. Alhamdulillah, banyak lagi sebenarnya yang kita tak tahu dan perlu pelajari kerana ilmu Allah itu luas dan tiada tolok bandingannya. Walaupun memnunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima tapi, sayangnya, ramai antara kita pada hari ini yang lalai untuk menimba ilmu mengenainya.

Ya Allah, rahmatilah usaha Ayu Azmeera untuk menjadi baik. Ameeen..

Kursus ni memang Kak Ayu buka kepada semua staff dan pengedar-pengedar Mewangi. Walaupun ramai yang tak dapat hadir sebab kekangan masa dan perjalanan yang jauh tapi, Kak Ayu sangat bersyukur kerana masih ramai yang meluangkan masa untuk menghadirinya. Top up ilmu akhirat ini semoga ada ganjarannya di sisi Allah SWT. Lagipun, tak lama lagi pada bulan Zulhijjah, jemaah haji akan mula berangkat ke tanah suci Makkah kan. Manalah tahu dapat membantu mereka yang terpilih untuk membuat persiapan terakhir mereka. InsyaAllah.

Perkara berkaitan amal ibadat bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Fardhu Ain untuk kita sama-sama mempelajari dan menuntut ilmu mengenainya.

TENGOK : KURSUS HAJI LIVE

Semoga kita semua terpilih dan diberi kesempatan untuk menunaikan haji. InsyaAllah, Kak Ayu doakan anda semua gojes-gojes di luar sana dijemput sebagai tetamu di rumah suci Allah SWT sebelum kita semua melelapkan mata buat selama-lamanya.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kemampuan untuk menunaikan ibadah haji sebagimana Kau wajibkan kepada orang-orang yang mampu. Kurniakanlah kepada kami pembimbing dan penuntun menuju padanya. Dekatkan bagi kami perjalanan yang jauh. Dan bantulah kami agar dapat melaksanakan ibadat haji secara sempurna.

 

Aminn, sama-sama aminkan ye gojes-gojes Mewangi satu dunia.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.