Hari Ketiga : Mewangi Ke Melaka

0 42

Assalamualaikum dan Salam Mewangi Satu Dunia 

Perasaan agak bercampr-baur bila semua orang tahu yang hari ni hari terakhir kami di Melaka. Memang tak dapat Kak Ayu gambarkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya Kak Ayu dapat bersama dengan depa semua ni sebagai satu keluarga meraikan family day di Melaka

Dan berkahirlah kisah 3 Hari 2 Malam kami di Kampung Mortem, Melaka. Awai-awai pagi lagi, kami dah turun ke bendang. Ha, buat apa agaknya ya? Hampa tengoklah sendiri

TENGOK : SHOOTING DI BENDANG

 

BERGERAK PULANG KE KL

Diam tak diam dah tiga hari kami di sini.

BACA : HARI PERTAMA MEWANGI DI MELAKA
BACA : HARI KEDUA MEWANGI DI MELAKA

Selesai check-out, apalagi, kami terus bergerak pulang secara konvoi juga. Semoga apa yang team Mewangi dapat sepanjang berada di Melaka ni menjadi kenangan terindah dalam memori kehidupan masing-masing.


Tiba masa kami bergerak pulang

Setiap apa yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT yang Maha Mengetahui. Kak Ayu sangat bersyukur diberikan kesempatan bersama dengan orang-orang baik dalam Team Mewangi sebagai satu keluarga. Keluarga adalah orang yang ada di setiap jatuh bangun kita dan kerana itulah kita perlu sentiasa meraikan keluarga.

Kesimpulannya, sambutan Hari Keluarga Mewangi kali ini memang cukup meriah dan luar biasa. Sungguh Kak Ayu gembira dapat spend time bersama-sama dengan depa.

 

HARAPAN KAK AYU

 Semoga semua team Mewangi gembira dengan percutian kita. Setiap kekurangan, salah dan silap sekiranya ada, Kak Ayu mohon maaf naa. Kak Ayu juga manusia biasa yang tak lepas dari buat silap.

 Semoga kita semua sentiasa bersatu-padu dan bangkit sebagai satu keluarga dalam apa juga situasi. Insya-Allah.

 Semoga percutian kali ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Barulah lepas ni, lebih semangat nak buat kerja. Tak kenal maka tak cinta.

 Insya-Allah, andai diberi rezeki dan peluang, Kak Ayu akan anjurkan lagi acara-acara sebegini istimewa untuk kesayangan-kesayangan Kak Ayu.

Jom Team Mewangi share di wall masing-masing. Jangan lupa komen pengalaman, perasaan, harapan dan kegembiraan anda sepanjang berkampung di Melaka selama 3 Hari 2 Malam. 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.