Hari Kedua : Mewangi Ke Melaka

2 284

Assalamualaikum Salam Mewangi Satu Dunia 

Wow! Dah hari kedua Kak Ayu berkampung di Kampung Mortem Melaka rupanya. Semalam, Kak Ayu sendiri dah lupa pukul berapa kami semua tidur. Almaklumlah, bukan selalu nak berkumpul dan bercuti ramai-ramai macam ni kan. Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada Kak Ayu bawa Team Mewangi bercuti.


Bergambar bersama keluarga sebelum tidur

Hari ini,kami teruskan shooting yang kedua. Kali ini, shooting adalah tentang video TVC Mewangi bersama dengan Noraniza Idris. Alhamdulillah, dah siap satu drama, satu TVC pagi raya dan TVC malam raya.

JOM TENGOK KAK AYU LIVE : TVC MEWANGI 1

SEKITAR PENGGAMBARAN TVC MEWANGI PAGI RAYA

Inilah dia hasil-hasil gambar shooting tadi yang sempat diambil oleh team photographer Mewangi. Agaknya apa lah kan yang Kak Ayu dan Kak Ani tengah buat tu? Hampa nak tahu, kenalah tengok video TVC Mewangi tu nanti. Surprise!

TENGOK : VIDEO TEAM MEWANGI MENARI

Sempat pulak depa ni belajaq menari dari Kak Ani.  Sambil-sambil berehat katanya. Kak Ayu layankan aja  

BERKENALAN DENGAN MIKHA

Hari ini, Kak Ayu telah berkenalan dengan “seseorang” yang istimewa bernama Mikha. Ha, hampa mesti nak tahu siapa Mikha ni kan? Kalau hampa nak tahu, tekan link kat bawah naa.. Kita berkenalan dengan Mikha yang istimewa.

TENGOK : KAK AYU DAN MIKHA

Mana orang Melaka semua? Jom cepatt datang jumpa Kak Ayu 

MALAM SANTAI BBQ MEWANGI

Pada sebelah malam, alang-alang kami shooting video untuk malam raya Mewangi, terus Kak Ayu buat malam BBQ untuk semua team Mewangi. Depa ni memang havoc sangat. Rasa hilang semua stress Kak Ayu tengok gelagat depa ni.

TENGOK : TEAM MEWANGI HAVOC

Inilah gambar sekitar malam BBQ kami. Siap ada bunga api. Hampa jangan jelous na kami raya dulu. 


Lama Kak Ayu tak main bunga api ni


Cantik kan homestay kami?


Budak-budak pun enjoy main bunga api

Esok hari terakhir kami berada di sini.
Sayang rasanya nak tinggalkan Melaka

You might also like More from author

2 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.