7 Bahaya Tidak Cukup Tidur

Beautiful woman lying and sleep on the snowy bed
0 580

Tidur merupakan keprluan asas dalam kehidupan. Tidur adalah ketika tubuh beristirehat dan mendapatkan tenaga secukupnya bagi meneruskan kelangsungan hidup pada hari-hari seterusnya. Tetapi, atas desakan hidup dunia pascamoden, ramai antara kita yang memandang enteng akan kepentingan tidur. Bagi Kak Ayu, perkara ini sepatutnya dipandang serius kerana tanpa tidur yang mencukupi, anda sebenarnya sedang berdepan dengan bahaya! 

Kenali 7 Bahaya Tidak Cukup Tidur yang akan Kak Ayu kongsikan

(1) Keletihan Fizikal Dan Mental

Ketika tidur, tubuh akan memproses pembaharuan sel dan memperbaiki otot. Ini juga adalah masa bagi otak menyimpan semua maklumat yang telah diterima sepanjang hari. Kekurangan tidur menyebabkan tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik, keletihan sepanjang hari dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Selain itu, orang yang kurang tidur juga lazimnya tidak dapat berfikir secara waras dan normal sehingga dia berjaya mendapatkan tidur yang secukupnya.

(2) Naik Berat Badan

Sistem metabolisme badan akan menjadi lambat ketika seseorang tidak cukup tidur. Ini kerana proses mencerna gula terganggu. Malah, orang yang tidak cukup tidur juga akan merasa lapar berpanjangan kerana tubuh tidak dapat memproses input dengan baik. Akibatnya, tubuh meminta lebih daripada apa yang diperlukan. So, make sure hampa cukup tidur ye kalau nak kurus dan cantik.

(3) Pelupa

Otak tidak dapat berfungsi dengan maksimum tanpa tidur yang cukup. Proses kognitif yang normal tidak berjalan lancar kerana otak juga memerlukan rehat yang mencukupi. Akibatnya, anda akanmudah menjadi seorang yang pelupa.

(4) Kulit Kusam

Orang yang kurang tidur lingkaran mata menjadi hitam dan tumbuh jerawat. Kekurangan tidur akan menyebabkan tubuh lebih banyak melepaskan hormon kortison. Hormon ini akan memecahkan kolagen di kulit, yang bertanggungjawab membuat kulit halus dan bersinar.

(5) Gangguan Psikologi

Menurut beberapa kajian psikologi, kekurangan tidur boleh menyebabkan gangguan pada psikologi atau gila. Ini disebabkan kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang kerap berkhayal dan berasa seperti berada di awang-awangan. Selain itu, orang yang kurang tidur selalunya akan mengalami kemurungan.

(6) Penyakit Kardiovaskular

Rembesan hormon stress akibat kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Hormon stres boleh merosakkan pembuluh darah, yang akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

(7) Diabetis

Ketidakemampuan tubuh untuk mencerna gula atau glukosa akibat kurang tidur akan menyebabkan seseorang lebih mudah dijangkiti kencing manis atau diabetis. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya ya supaya sihat dan cantik.

Anda berhak cantik kerana cantik itulah anda

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.