5 Tips Hilangkan Kelemumur

Beauty Portrait. Curly Hair
0 308

Assalamualaikum dan Salam Mewangi Satu Dunia 

Masalah kelemumur bagi wanita yang bertudung dan menjalani gaya hidup yang sibuk merupakan salah satu masalah yang agak rumit untuk diatasi. Kak Ayu faham sebab kadang-kadang kita memang tak ada masa nak mendapatkan pengudaraan yang cukup untuk rambut. Masalah kelemumur ini pula sememangnya bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan sebab boleh menyebabkan kegatalan dan menghilangkan keyakinan diri kita terutamanya apabila di hadapan suami.

Jom, ikuti perkongsian Kak Ayu tentang 5 Tips Untuk Mengatasi dan Mengelakkan Kelemumur

(1) Elak Bahan Kimia Berlebihan

Ketika memilih syampu, pastikan kita memilih syampu yang bebas bahan kimia berlebihan. Itu pentingnya untuk kita melihat kepada ingredients syampu tersebut terlebih dahulu. Pilih syampu yang paling sesuai dengan jenis kulit kepala dan paling penting, sebaik-baiknya pilihlah syampu yang berasaskan bahan semulajadi. Cadangan terbaik yang boleh anda amalkan adalah menggunakan syampu berasaskan minyak zaitun yang mengandungi vitamin A, C dan E.

(2) Pilih Fabrik Tudung Yang Sesuai

Sebagai wanita yang selalu memakai tudung, pilihan fabrik tudung merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Elakkan memakai fabrik jenis tebal yang boleh menghalang pengudaraan dan menyebabkan terjadinya peluh pada kulit kepala. Sebaliknya, pilihlah material tudung yang nipis supaya rambut dapat bernafas. Secara tidak langsung, masalah rambut berbau juga dapat diatasi.

(3) Sikat Rambut

Rutin menyikat rambut bukan sahaja boleh menyebabkan rambut kelihatan rapi tetapi dalam amsa yang sama membantu mengelakkan kelemumur. Jangan sesekali meninggalkan rutin menyikat rambut sebelum memakai tudung supaya lebih terurus. Pastikan rambut yang basah dikeringkan terlebih dahulu sebelum rambut disikat dan jangan biarkan rambut berada dalam keadaan basah ketika bertudung.

(4) Gunakan Perapi Rambut

Rambut memerlukan pelrindungan tambahan daripada perapi rambut. Bagi mereka yang sibuk, anda juga boleh mencuba semburan rambut atau serum khas yang dicipta untuk rambut bagi melindungi rambut daripada sinaran matahari.

(5) Gunakan Masker Rambut

Masker rambut merupakan rawatan khas bagi merawat rambut yang mempunyai masalah tertentu. Sesekali, lakukan rawatan rambut sendiri di rumah dengan menggunakan masker menggunakan bahan alami. Gunakan pati santan sebagai masker untuk membuatkan rambut kelihatan lebat dan menawan. Lumurkan ke kulit kepala kemudian balut dengan menggunakan tuala suam selama 15 hingga 20 minit. Lakukan sekerap mungkin dan anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.